Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Friday, August 27, 2010

Lawatan Pelajar MPV ke IKM Beseri

Baru-baru ini pelajar MPV Seni Reka Tanda dan MPV Lanskap dan Nurseri telah pergi melawat ke IKM Beseri sempena Pesta Konvokesyen dan Hari Terbuka IKM. Banyak perkara baru yang dapat dipelajari dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program lawatan ini. Lawatan ini bertujuan bagi membuka minda para pelajar dan sekaligus memberi ruang untuk mereka melihat keadaan sebenar cara kehidupan sebagai seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. 

Pelajar turut di bawa melawat sekitar bengkel dan makmal di samping penerangan daripada tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah. Jualan dan karnival juga turut diadakan bagi memeriahkan Pesta Konvokesyen ini. Guru pengiring yang turut serta ialah Cikgu Mior Mohd Shahril dan juga Cikgu Wan Ahmad Zamri wan Akib.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No comments: