Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Thursday, August 26, 2010

Blog SMK Tengku Suleiman Kini Dalam Dwi Bahasa

Berita baik! Blog SMK Tengku Suleiman kini akan ditulis dalam 2 bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris. Jadi mungkin ada post yang akan berbahasa Malaysia ataupun Inggeris. Ini adalah bagi menggalakkan semua golongan pelajar dan alumni untuk melayari laman blog ini. Jadi, bolehlah anda memulakan komen yang bernas bagi memajukan SMK Tengku Suleiman dalam apa jua bahasa yang anda selesa. Di harap jumlah pengikut juga akan bertambah dari masa ke semasa memandangkan peningkatan jumlah pembaca.

No comments: