Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Friday, August 27, 2010

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


Pada hujung minggu lepas telah diadakan kempen kibarkan Jalur Gemilang. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara. Kempen ini juga selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan warganegara yang 1 Malaysia.

Kempen ini juga adalah rentetan daripada Pelancaran kempen ‘Jalur Gemilang’ Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 2010 di Stadium Utama Kangar, Perlis yang lalu oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran. Jabatan Pelajaran Perlis memandang serius tentang kepentingan semangat kewarnegaraan dan cintakan tanah air. Susulan dari kempen tersebut, Jabatan Pelajaran Perlis melancarkan kempen “Semarak Merdeka” bagi tujuan menyokong hasrat murni kerajaan menyatupadukan rakyat ke arah semangat cintakan Malaysia.

Objektif
  • Memberi kesempatan kepada warga pendidikan mendengar amanat YAB Dato’ Seri terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh warga pendidikan dalam membangunkan serta menjulang martabat kemerdekaan negara.
  • Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk menunjukkan kesepaduan mendokong cita-cita Negara khususnya merealisasikan visi 1Malaysia bagi menjamin kestabilan serta keamanan negara melalui perlaksanaan Dasar Pendidikan Negara.
  • ‘Semarak Merdeka’ bukan sahaja sebagai cogan kata malah warga pendidikan membangun menunjukkan semangat tersebut ditunjukkan secara zahir untuk diikuti oleh masyarakat umum.
  • Warga pendidikan sebagai idola dan ikutan kepada anak didikan kearah mendaulatkan kemerdekaan Malaysia sepanjang hayat.

Matlamat

Jabatan Pelajaran Perlis Sentiasa Berusaha Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawab Untuk Mencapai Matlamat Berikut:
  • Mempertingkatkan Kualiti Pelbagai Peringkat Supaya Semangat Kemerdekaan Sentiasa tersemat disanubari warganya
  • Memastikan Dasar Pendidikan Negara Dan Memastikan Wawasan 1 Malaysia Diterapkan Ke Dalam Sanubari Pelajar Supaya Menjadi Aset Yang Paling Berharga Buat Negara Melalui Penerapan Semangat Kenegaraan.
  • Melahirkan Modal Insan Negara Yang Cemerlang Dalam Semua Aspek Dan Semangat Patriotik Yang Tinggi Supaya Mereka Dapat Menyumbang ke Arah Membangunkan Negara Dengan Tidak Mengenepikan Semangat Menjulang Martabat Negara.
  • Memastikan Semua Warga Pendidikan Sentiasa Cemerlang. Berusaha Meningkatakan Negara Supaya Dunia Memandang Tinggi Dan Menghormati Malaysia Sebagai Negara Yang Merdeka Dan Berdaulat.
  • Memastikan Setiap Warga Pendidikan Berdiri Teguh Dibelakang Kerajaan Bagi Memastikan Keamanan, Kesejahteraan dan Kesepaduan Rakyat Menjadi Tunggak ke Arah Pengukuhan jati diri dan Kemerdekaan Negara.

 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.

No comments: