Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Tuesday, August 31, 2010

Hari Kemerdekaan kali yang ke 53

Alhamdulillah, negara kita dah pun merdeka 53 tahun. Adakah semua tahu tentang sejarah dan rentetan kemerdekaan? Untuk mengenang kembali kisah dan peristiwa bersejarah ini dan sempena pada hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53, post blog SMKTS akan menyingkap balik memori 53 tahun kemerdekaan Malaysia.

Kepada semua. Selamat Menyambut hari Kemerdekaan kali yang ke 53. Semoga kita semua akan dipanjangkan usia dan negara akan sentiasa aman makmur samapi bila-bila. Insyaallah.

P/S: Segala sumber yang diperolehi ialah daripada laman web rasmi kemerdekaan Malaysia di bawah sumber Arkib Negara Malaysia. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan bukannya untuk tujuan komersil.

No comments: