Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Friday, September 3, 2010

Santai Kini Atas Talian (Online).

Jumaat, 3 September 2010. Ini adalah satu lagi berita baik untuk semua warga dan alumni SMKTS. Kini, majalah rasmi mingguan SMKTS iaitu Santai boleh juga didapati secara atas talian (online). Majalah Santai ini mula diperkenalkan oleh BGKK SMKTS sejak awal tahun ini. Cetakannya sebelum ini diedarkan secara percuma dan terhad kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. 

Walaupun begitu, BKGK tidak berputus asa untuk memberikan maklumat yang terkini kepada semua warga SMKTS. Setelah berbincang dan luahan idea daripada semua pihak, maka lahirlah Santai dalam bentuk atas talian ini. Ianya adalah hasil usaha Cikgu Norzaidi Shaari dibawah seliaan Cikgu Ramzi selaku Pengerusi BKGK. Apa-apapun terima kasih kepada mereka atas usaha mereka untuk menjadikan SMKTS dan Santai sebagai satu media baru untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini.


Anda boleh melayari laman Santai ini di  http://santai2010.blogspot.com/ ataupun klik sahaja link pada sebelah kanan blog SMKTS ini. Di harap anda dapat meramaikan lagi jumlah pengikut di dalam blog Santai ini. Sebarang idea dan cadangan bolehlah di e-mailkan kepada nzaidi.shaari@gmail.com.



.

No comments: