Jika anda seorang pelajar ataupun bekas pelajar (alumni) SMK Tengku Suleiman. Berdaftarlah untuk menjadi follower blog ini. Blog SMK Tengku Suleiman adalah blog kita, kalau kita warganya tak memeriahkan blog ini, takkan kita nak suruh orang lain memeriahkannya. Usaha penghasilan blog ini adalah untuk memudahkan kita semua mendapatkan informasi mengenai SMK Tengku Suleiman. Sokonglah blog kita! Berilah komen dan cadangan yang berguna dan membina untuk setiap cerita yang telah anda baca. Nama baik sekolah terletak ditangan anda.

Friday, September 3, 2010

Iklan Memberatkan Blog.

Iklan adalah merupakan satu agen pemberi maklumat yang penting. Tanpa sesuatu iklan, sesebuah blog akan hambar tanpa pautan. Iklan yang diletakkan di dalam blog SMKTS adalah berbentuk berbayar. Ini adalah untuk memberi insentif kepada segala pengurusan atas talian. Segala bil perlu dijelaskan oleh administrator sesebuah blog. 

Contohnya, untuk memasukkan gambar perlu dahulu membeli scanner. Tanpa scanner gambar yang berkualiti takkan dapat dimasukkan ke dalam sesebuah blog. Untuk mendapatkan maklumat juga memerlukan modal yang tinggi. Kamera juga perlu diservis 2 bualn sekali untuk mengelakkan djangkiti kulat. Masa juga penting. Tidak selalu administrator dapat mengupdate sesuatu entri hanya dalam waktu persekolahan. Ini kerana administrator juga mempunyai komitmen yang lain selain menghasilkan blog ini. Maka dengan itu, pemasangan internet dirumah dengan kelajuan tinggi juga memerlukan kos pengendalian setiap bulan.

Iklanlah satu cara mudah bagi administrator untuk mendapatkan sumber kewangan. Harap semua pembaca akan faham situasi ini dan dapat membantu untuk kita sama-sama meneruskan usaha kita untuk menjadikan blog SMKTS seperti blog-blog sekolah termasyur yang lain. Ringan-ringanlah tangan klik setiap apa yang ada dalam blog ini. Daripada cerita, berita, gambar, pautan dan juga iklan. Klik anda adalah ucapan terima kasih kepada kami dengan cara yang paling mudah. Pihak administrator akan mempelbagaikan lagi maklumat dan berita dari masa ke semasa. Jadi dengan itu, sentiasalah mengikuti perkembangan di dalam blog SMKTS ini. Selamat Membaca!


.

No comments: